Kehancuran  

Posted by onel0ck in , ,

Ku beri hati
Untuk mengubat kelukaan

Ku hadir
Untuk menemani dari kekosongan

Ku beri jiwa
Untuk membelai

Ku beri rindu
Untuk diingati

Ku beri tawa
Untuk kebahagiaan

TAPI!!

Kau dustakan kata
Kau permainkan perasaan
Kau berikan kekecewaan


DAN!!

Musnah semua impian
Hancur segala harapan
Terpadam api asmara

KINI!!

Aku terlantar sendirian
Hidup ku kosong

Kerinduan  

Posted by onel0ck in ,

Ku rebahkan badan
Termenung sejenak
Terasa rindu dihati

Bunga mekar
Kini layu
Cinta bersinar
Kini malap

Janji manis dilafaz
pahit dikotakan
Air mata ini menitis
Jatuh membasahi pipi

Ku lelapkan mata
Ku kosongkan fikiran
Wajah mu tetap menjelma

Kehilangan  

Posted by onel0ck in ,

Ku bangkit dari lena
Ku terasa kehilangan
Terpinga aku seketika

Kiri dan kanan
Atas juga bawah
Tiada apa yang hilang

Ku berdiri
Berat kaki ini melangkah
Ku tabahkan juga

Sebak di dada
Bak dihempap
Hancur berkecai
Terumbang ambing sendiri

Kini ku temui
Dirimu hilang di hati ini
Merana jasad ini

Hujan  

Posted by onel0ck in

Awan putih menjadi kelam
Langit cerah menjadi mendung
Bumi kering menjadi basah

Berderai air turun ke bumi
Bumi kemarau menjadi lembap
Bunga kembang mekar di taman

Hujan lebat di luar
Kilat sabung menyabung
Ibarat hati yang sedang menangis

Walau hujan akan berhenti
Langit akan cerah
Hati itu tidak berhenti juga menangis

Sedikit demi sedikit
ia dilupakan
hanya parut yang tinggal

Hari silih berganti
Waktu kian berlalu
Hidup ini perlu di teruskan

Kembali  

Posted by onel0ck in ,

Sayang
Kembali lah kau pada ku
Ku rindui belaian mu
Ku rindui tawa mu
Ku rindui senyum mu

Tidak ku minta kita jadi begini
Tidak ku duga perpisahan tiba
Hanya ku pinta kasih dan manja
Hanya ku pinta keikhlasan hati mu

Ingatlah sewaktu perkenalan
Kau buat ku tersenyum
Ku mampu merasa bahagia
tapi kini kau tinggalkan aku didalam keperitan hidup

Hati ini hancur
Namun cinta ku padamu masih tidak berbelah bagi
Inilah cinta sejati dari ku
Setia menunggu mu

Kembali lah pada ku
Ku memohon maaf
Kan ku perbaiki semula
agar kita menjadi satu semula

Ku tidak bisa melupakan mu
Ku kan terus berdoakan padaNya
Agar kau menjadi
Milik ku

Bahtera Impian  

Posted by onel0ck in , ,

Ku melayarkan bahtera impian
Meredah ribut taufan
Sayangnya hancur dipukul ombak

Bahtera yang dibina untuk berlayar
Dengan membawa sejuta impian
Karam di tengah lautan dalam

Berkecai bahtera impian
Bertaburan di tepian pantai
Lalu reput di makan usia

Puas ku mencari
untuk ku satukan kembali
agar menjadi bahtera semula

Kini berderai bahtera itu
Entah kemana hilang
Tapi ku kan terus baiki ia semula

Berilah aku masa
Berilah aku peluang
Agar tercipta semula bahtera impian

Hati Seorang Lelaki  

Posted by onel0ck in , ,

Kau yang bernama lelaki
Menjadi perlindung
Kau yang menerima bebanan
itulah lumrah seorang lelaki

Walau kau hebat
Walau kau kuat
Walau kau kental
tetap ada kelemahan

Cinta yang membuat kau lemah
Cinta yang membuat kau tunduk
Cinta yang membuat kau menagis
Cinta yang membuat kat hilang arah tuju

Cinta itu hati
Hati itu rasa
Rasa itu perasaan
Perasaan itu cinta

Tanggungjawab itu berat
Tetap harus dipikul
Tekanan jiwa
Itu lumrah hidup seorang yang bergelar lelaki

Walau lelaki itu senyum
Akan tetapi dia murung
Walau lelaki itu ketawa
Akan tetapi dia menagis

Jangan kau permainkan cinta suci dari lelaki
Jangan kau biarkan dia
Pergi pada lelaki yang mencinta dirimu
Binalah kebahagiaan semula bersamanya

Warkah Dari Pangeran Cinta  

Posted by onel0ck in ,

Cinta fitrah manusia
Dari mata turunnya ke hati
Dan dari hati ke hati
Itulah cinta

Cintailah yang mencintai
Setia pada yang setia
Kasih pada yang mengasihi
Jaga pada yang menjaga

Harapan yang dibina
Penghargaan yang diberi
Ikarar yang dilafazkan
Tanggungjawab dilaksanakan

Wahai pencinta
Kotakan Ikrar manis itu
Jangan dustai itu
Sesungguhnya indah bagai cinta Adam dan Hawa

Rindu kian membara
Hati Begelora
Naluri serta gerak hati untuk sang pencinta
Semakin terselah

Seorang pencinta
Haruslah bekorban
Tiada batasan
Demi mendapat erti cinta

Hati terluka
Jiwa merana
Hidup melarat
Hanya kerna cinta

WANG!EMAS!BERLIAN!ZAMRUD!
Itu bukan ukuran cinta
Hanya cinta
Diperlukan oleh Pangeran Cinta

Belajarlah menhargai cinta
Cintailah cinta didepan mata
Jangan sesekali menolak cinta yang ikhlas
Kerana itu kurniaan ALLAH

Setitis Cuka  

Posted by onel0ck in ,

indahnya purnama
bintang-bintang pun turut bercahaya
menyinari kegelapan alam
memberi ketenangan suasana

alam yang sunyi
langit yang tidak ditutupi awan
lantasan kedengaran suara sang serigala
namun jeritan hatiku tetap tidak kedengaran

ku bangkit dari lena dibuai mimpi
untuk menghadapmu
merintih kepadamu
Ya Rahmanu Ya Rahim

ku membentangkan permaidani
menciumnya bagai menatap wangi dari syurga firdaus
berderai air mata ini jatuh
membasahi permaidani ini

kenapa semua ini berlaku
hanya kekeliruan yang kau berikan
hilang segalanya dalam sekelip mata
oh dengarkanlah jeritan hatiku

jiwaku menjadi kosong
hati ku berkecai
akal ku buntu
tiada arah tujuan hidupku

Ya Allah
inikah dinamakan ujian
inikah dinamakan dugaan
atau inikah hukuman

hanya setitis cuka yang kau berikan
aku telah begini
kini ku sedar
betapa lemahnya aku

aku yakin suatu hari nanti
akan hadir sinar kebahagian dari Mu
kerana kau telah berjanji
dan kau tidak memungkiri janjimu itu

Kasih Ibu  

Posted by onel0ck in , ,

IBU
selama sembilan bulan sepuluh hari
kau kandungkan aku
sentiasa memberikan kasih sayang kepadaku
tiada erti jemu dalam kamus hidupmu

IBU
kau sentiasa bersamaku ketika aku sedih
kau sentiasa berkorban walau kau terpaksa tak makan
walau kau terpaksa bergolok bergadai
hanya kerana membesarkan ku

IBU
setiap kali solatmu
sering kali ku melihat
kau menagis di atas sejadah
mendoakan kejayaan ku

IBU
hati mu terguris setelah ku besar
kerna aku dah lupakan kau
menderhaka pada kau
tapi kau tetap menyayangi ku

IBU
ku tahu dosaku telah banyak padamu
ku tidak tahu untuk menebus semua dosaku padamu
ampunilah anakanda mu ini ibu
hanya maaf dan restumu yang ku pinta

IBU
kau lah wanita yang paling istimewa buat ku
walau apa-apa pun berlaku
kau tetap ibu ku
dan syurgaku tetap di tapak kaki mu ibu

Tangisan Hati  

Posted by onel0ck in , ,

mencintai dirimu bukan satu kesilapan buatku
tetapi ia adalah sinar yang menerangi jiwaku
cinta pada dirimu adalah cinta yang paling suci
dan tiada cinta yang boleh tandingi cintamu itu

sebesar mana pun khilafku pada mu
akan kau padamkan
akan kau lenyapkan
dan kau memberi sinar agar aku terus hidup

hati ini menangis tiada siapa yg tahu
tetapi
hanya engkau yang mengerti
dan hanya engkau yang mengetahui

walau aku lupakan kau
aku tinggalkan kau
kau tetap bersamaku
kau tetap memberi peluang kepadaku

hati ini tetap menangis
mengenangkan apa yang dah berlaku
tiada siapa yg tahu
dan tidak akan ada boleh memahami kecuali engkau

Rindunya pada blog onel0ck!  

Posted by onel0ck in

Setelah beberapa bulan aku x update blob nie..maklumlah aku sibuk dengan praktikal..dan skang nie aku menjadi penganggur..haha..sementara tunggu result kuar aku menjari ape jerk keje yg boleh menampung kehidupan..biasalah nak hidup..sume nak duit..."no money no talk" bak kata mat sallet..hahah

walau aku dirundum pelbagai masalah dari segala aspek..namun itu membuat aku terus berusaha mencari kerjaya..secara x lansung aku dapat mengurangkan dari mengingati masalah itu...

tapi hari nie aku paling bertuah dan sekurang-kurangnya aku terasa gembira walau seketika..hehe..aku menang cabutan bertuah..dapat air cond Mitsubishi....penganjur tu cakap lagi dua minggu sampailah..

kita tunggu je lagi 2 minggu dan aku akan masukan gambar air cond 2..hehe..ingat nak jual...tapi x tau la mcm mane...kne tau gak market die..heheh

k la..sampai sni dlu..
jumpa lagi..